Isu perumahan mampu milik di Malaysia Perumahan mampu milik

Pada 24 Ogos 2015, Institut Penyelidikan Khazanah membuat pendedahan bahawa harga rumah mampu milik di Malaysia yang terlalu tinggi menyebabkan sehingga ia tidak mampu dimiliki rakyat Malaysia itu sendiri.[20]Ia menerusi laporan bertajuk 'Mewujudkan perumahan mampu milik'. Antara negeri di Malaysia yang mempunyai perumahan mampu milik adalah Melaka dengan median tiga kali berbanding pendapatan isi rumah tahunan. Sementara itu di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang ia dicatatkan pada median 5.4 dan 5.2 berbanding pendapatan tahunan isi rumah sekaligus menjadikan ia kawasan perumahan sangat tidak mampu dimiliki.[21]

Berdasarkan pengiraan median harga rumah semasa 2015, harga rumah mampu milik berada pada 4.4 kali berbanding median pendapatan tahunan isi rumah tahunan, sekaligus tiga kali lebih tinggi berbanding pendapatan isi rumah tahunan menurut piawaian median antarabangsa bagi perumahan mampu milik. [22]

Pengarah Urusan Institut tersebut Datuk Charon Mokhzani berkata, polisi perumahan semasa hanya tertumpu kepada aspek permintaan (pasaran), ia perlu diubah kepada menyelesaikan aspek bekalan yang tidak efisyen. Ini kerana bekalan di pasaran adalah tidak anjal dan harga tidak mencerminkan permintaan.

"Perubahan perlu dilakukan dalam sistem bekalan perumahan supaya kita boleh bina rumah yang mampu milik. Dengan menurunkan harga perumahan tidak semestinya menerusi pemberian subsidi kepada pemaju, atau membolehkan mereka meminjam pinjaman perumahan besar atau tempoh bayaran balik lebih panjang. Sebaliknya langkah yang perlu diambil dengan menurunkan harga rumah itu,"

Beliau menambah kajian memberi tumpuan kepada kawasan bandar yang lazimnya mempunyai populasi besar dan kemampuan pemilikan adalah rendah.

Pemilikan perumahan semasa di Kuala Lumpur berada pada kadar 53.5 peratus berdasarkan banci populasi dan perumahan 2010.

Charon merumuskan, ia menjadi sangat kritikal jika dibandingkan dengan pertumbuhan populasi Kuala Lumpur sebanyak dua peratus setahun. "Kita perlu mengubah cara pembinaan perumahan. Ia perubahan besar berbanding cara yang dilakukan kini. Kami rasa ia boleh dilakukan," katanya.

"Kita lihat di Filipina contohnya, mereka berjaya membawa harga turun kerana mereka membina rumah dengan cepat (pasang siap). Salah satu syarikat di Filipina boleh membina rumah dalam 14 hari, menakjubkan. Jika boleh bina rumah secepat itu dan harga murah, harga keseluruhan akan turun dalam jangka panjang dan bekalan yang lebih responsif," tambahnya.

Rujukan

WikiPedia: Perumahan mampu milik http://www.qahc.asn.au/images2/website/affordabili... http://www.qahc.asn.au/modules/tinyd0/index.php?id... http://www.actu.org.au/Images/Dynamic/attachments/... http://www.calgary.ca/CSPS/CNS/Documents/homelessn... http://www.cmhc-schl.gc.ca/en/corp/faq/faq_002.cfm http://www.statcan.gc.ca/pub/75-001-x/11106/9519-e... http://www.urbancenter.utoronto.ca/pdfs/researchas... http://www.astroawani.com/berita-bisnes/perumahan-... http://usj.sagepub.com/content/30/1/127.full.pdf http://link.springer.com/article/10.1007/s10901-01...